Erm,,,,sya ad bc satu artikel ni...betul gak tu ap yg artikel tu ckp...tp ni utk para ibu bapa la...tp boleh gak utk yg bkal menjadi ibu bapa...btl la tu, anak2 perlukan perhatian ibu bapa...sgt2 perlukan nya..bg sorang anak, ibu bapa tidak perlu brikan yg mewah2 or yg mhal2 utk tunjukkan kasih syg kat dya...ckuplah perhatian yg ibu bapa berikan kat drang..contohnya, law si anak tu lulus UPSR dengan cemerlang..atawpun, dpt 4A 1B la katakan...patutnya, trima kejayaan anak itu ngn gembira..sebab drang sudah buat yg terbaik utk diri drang...tp kdg2..ad gak parents yg membanding2 lagi result anak dya ngn anak org len..n mngatakan anak org len lg bgs..thukah anda perbuatan anda itu mnyebabkan si anak berasa tersinggung n kecil hti...?? Ia seperti anda lngsung tidak peduli dgn ap yg mreka kecapi...anda lebih banggakan anak org len berbanding anak anda sendri..maaflah law ad ibu bapa yg trasa or ap2..sya hnya mnyatakan pndapat sya...krana sya jga pernah merasa prasaan sebegitu...
so, ckp pnjg2 pun tak guna...bek kta bc sendri ap artikel tu ckp...artikel ni, merupakan jwpn kpda soalan yg ditanya oleh seseorang...ni soalan nya...
" Assalamualaikum Puan Jamilah. Saya dan isteri mempunyai dua orang anak perempuan. Yang sulung enam tahun dan adiknya hanya sebelas bulan lebih muda darinya. Masalah kami ialah, kami sering merasakan anak sulung kami tidak mesra dengan kami; dia suka menjauhkan diri dan kuat merajuk. Malah, suatu hari apabila dimarahi ibunya, dia berteriak, "Ibu memang tak sayang kakak." Adakalanya dia akan mendesak supaya dia dihantar ke rumah neneknya yang tidak jauh dari rumah kami. Kami bimbang keadaan ini akan berterusan sehingga dia dewasa. Apakah pandangan Puan? Terima kasih. ~ Z.. "
Erm..td soalan nya...n, ni pulak jawapannya.....
Masalah mudah timbul apabila anak-anak lahir terlalu rapat. Akibatnya, salah seorang daripada mereka lama kelamaan merasa dirinya kurang diberi perhatian.
Biasanya dia adalah anak yang lebih tua. Ada beberapa cara untuk seorang anak diberikan perhatian supaya merasa dirinya dihargai dan disayangi. Yang pertama ialah dengan SENTUHAN.
Sentuhan
Sentuhan termasuklah memeluk atau meletakkan tangan di bahu atau tangan anak atau mengelus-ngelus rambutnya dan sebagainya. Saya ingin berkongsi dua kisah benar di sini tentang pentingnya sentuhan.
Kisah pertama terjadi kepada seorang anak perempuan remaja bergelar M seperti yang diceritakan oleh seorang guru kenalan saya. Suatu hari, guru ini mengadakan "sharing session" dengan anak-anak didiknya.
Beliau meminta mereka untuk menyebut apa yang paling mereka inginkan di dunia ini.
Seorang demi seorang anak didiknya menceritakan impian masing-masing. Ada yang lucu, ada yang sedih dan seterusnya. Apabila tiba gilirannya, M memberitahu gurunya bahawa apa yang paling diimpikannya ialah untuk merasa pelukan ibunya.
Menurut M, dia masih ingat yang dia sering dipeluk ibunya semasa kecil. Tetapi semua itu telah lama berakhir selepas adik-adiknya lahir.
Kisah kedua terjadi kepada seorang kenalan saya, J, yang mempunyai dua orang anak perempuan yang lahir selang 12 bulan. Semasa anak sulungnya berusia lima tahun, J dan keluarganya berpindah ke luar negara dan J terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.
Suatu petang, ketika J dan kedua-dua anaknya sedang berehat dan bermain bersama, tiba-tiba dia memeluk anak sulungnya. Anaknya itu terkejut lalu berkata, "Eh, Mama peluk saya?" Teman saya itu tidak dapat menahan sebaknya.
Dia memberitahu saya, dia tidak menyedari bahawa dia telah "mengabaikan" anak sulungnya selama ini.
Erti Kasih Sayang Bagi Seorang Anak
Saya pernah bertanya kepada anak-anak saya apa ertinya kasih sayang dan jawapan yang mereka beri ialah:
"Kasih sayang ialah apabila kita melakukan aktiviti bersama-sama." ~ Siraj (sewaktu berusia 7 tahun)
"Kasih sayang ialah apabila dua orang dewasa berkahwin, mempunyai anak dan hidup bahagia selamanya." ~ (Syarif (10 tahun)
"Apabila kita kasih dan sayang kepada seseorang, kita mengambil berat tentang dirinya dan berkongsi apa jua dengannya." (Safi, 12 tahun)
"Saya merasa diri saya disayangi apabila Ayah atau Ummi memeluk atau memuji saya." ~ Alia (sewaktu usianya 15 tahun)
Jelas di sini, kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan PERBUATAN.
Lebih-lebih lagi untuk anak kecil, mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk menjelaskan erti ungkapan ini secara lisan, tetapi mereka tahu apakah itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang ialah apa yang dialami dan dirasainya.
Apa yang anak anda mahu lakukan dengan anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya? Atau membaca sebuah buku cerita lucu dan kemudian pecah ketawa bersama-sama?
Atau membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang baru dibeli? Atau mungkin membuat kentang putar untuk hidangan malam ini?
Beri peluang untuk anak anda memilih aktiviti yang ingin dilakukannya bersama anda. Jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya.
Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
Cara-cara lain untuk membuatkan anak anda merasa dirinya disayangi termasuk:
Tunjukkan Anda Gembira Apabila Bersamanya
Serlahkan wajah ceria ketika menyambut anak anda dari sekolah. Tunjukkan wajah ceria apabila anda pulang bercuti ataupun balik dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.
Perhati dan Akui Perkara-Perkara Baik Yang Dilakukannya
Ibu bapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.
Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibu bapa tidak mempedulikan langsung perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Tabiat terlalu kuat menegur kesilapan anak-anak tanpa mempedulikan kebaikan yang dilakukannya boleh mendorong anak anda untuk cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk mendapat perhatian ibu bapa.
Dengarkan Kata-Katanya
Apabila anak anda bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarkanlah apa yang ingin dikatakannya. Lihat wajahnya dan jangan menyampuk sehingga dia selesai bercakap.
Mendengar bukanlah sekadar berada di sisinya dan menganggukkan kepala sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda benar-benar mendengar dan memahami apa yang dikatakannya ialah dengan bertanya soalan seperti, "Jadi Faris tumbuk Hanis bila kamu tak benarkan dia tiru kerja rumah ya?"
Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa jua yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya merasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat tentang kesejahteraan dirinya.
Katakan "Terima Kasih" Jika Dia Mengakui Kesalahannya
Kadangkala anak anda perlukan anda untuk mendengarkan pengakuannya. Ini berlaku mungkin kerana dia merasakan yang dia telah melakukan kesalahan yang membuatkan dia gelisah.
Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada reaksi spontan seperti terburu-buru mengherdik atau membentak.
Sebaliknya, ucapkan terima kasih kerana dia berani bersikap jujur dan berterus terang untuk berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya meskipun dia sudah berbuat kesalahan. (Ini tidak bermakna dia tidak akan didenda, jika perlu.)
Tunjukkan Minat
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka usahakan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati dia dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat.
Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Ibu lebih suka yang ini sebab Ana lukis pokok dan daunnya lebih jelas. Warnanya pun lebih terang." Jangan menjawab secara acuh tak acuh "Ayah tengok sama sahaja kedua-duanya."
Pastikan Anak Anda Berasa Dihargai
Seorang pakar psikologi kanak-kanak pernah berkata, "Tiada orang lain yang boleh membentuk harga diri seseorang anak sebaik yang boleh dilakukan oleh ibu bapanya.
Sebagai ibu atau bapa, membuat anak anda berasa istimewa, dihargai dan disayangi adalah salah satu tugas anda yang paling penting."
Mendidik anak sekaligus membuat dia merasakan dirinya disayangi dan dihargai tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Anak anda tidak perlukan barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang disambut di hotel lima bintang untuk merasa dirinya disayangi. Yang penting ialah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
So...drpd ap yg sya bc...memang seseorg anak perlukan kasih syg n perhatian drpd ibu bapa mereka...krana kta mgkn tidak tahu, bhwa bila seseorang anak itu mendapat perhatian, dya akn berasa drinya dihargai n tidak mustahil apabila dya sudah dewasa, dya jga akan bls blik suma tu towards their parents....InsyAllah...^^,